Kursus E-Usahawan Minggu Kedua

15 April 2019 | Aktiviti Terkini

Pada Ahad - 14 April 2019, Pusat internet Lubok Antu kerjasama dengan Koperasi Belia Inovatif Sarawak (KOBIS) dan Ministry of International Trade & eCommerce Sarawak (MITEC) telah mengadakan Program E-Usahawan Digital Kenyalang Achievers: Rural Series yang bertujuan untuk mendedahkan usahawan muda kepada pemikiran inovatif dan kreatif dan berdaya saing dalam merancakkan lagi momentum keusahawanan di Sarawak. Program ini telah dihadiri seramai 21 orang peserta yang terdiri daripada usahawan dan belia dari kawasan Lubok Antu. Program ini bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang di Pusat Internet Lubok Antu.

Dalam program ini, para peserta telah didedahkan dengan cara menggunakan media sosial bagi seperti Facebook, Instagram dan Whatsapp bagi tujuan perniagaan. Para peserta telah diajar cara menghasilkan Facebook Page dan Website perniagaan. Selain itu, para peserta juga telah didedahkan dengan ‘copywriting’ dan reka bentuk grafik.

Antara butiran aktiviti yang dijalankan sepanjang program adalah seperti berikut:
1. Sesi pendaftaran
2. Pengenalan Kursus Oleh Trainer
3. Facebook for business
4. Instagrams for business
5. Whatsapp for business
6. Copywriting
7. Basic graphic design
8. Bersurai


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali